Essay

    Kehidupan merupakan satu pemberian yang indah kepada manusia.Setiap hari kita perlu bersyukur atas nikmat yang diberi agar kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan dan kerahmatan.Pada tarikh 1 September 2013,bermulalah satu perjalanan kehidupanku di sebuah Universiti Sains Malaysia.Terfikir sejenak di kotak fikiran,mampukah aku mengharungi arus kehidupan di sini?Aku sangat mencintai dunia pengurusan antaranya pengurusan pemasaran,pengurusan sumber manusia,pengurusan perniagaan,pengurusan projek dan lain-lain.Justeru itu,aku memilih bidang pengurusan pembinaan di Universiti Sains Malaysia kerana minat dan cita-cita aku terhadap pengurusan sesuatu projek amat mendalam.Bagi aku dengan mengurus sesuatu projek,kita bukan sahaja mengurus projek bahkan kita akan belajar bagaimana pengurusan kita dengan manusia,masa,kerja dan alam sekitar.Sejak aku menjejakan kaki di School of Housing,Building and Planning,banyak perkara yang aku pelajari terutamanya semasa melaksanakan sesuatu projek antaranya nilai kehidupan.Nilai kehidupan yang dimaksudkan di sini ialah nilai persahabatan,kerjasama,keihklasan dan kesabaran dalam melaksanakan sesuatu projek mahupun kerja.Kesimpulanya,"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

No comments:

Post a Comment